Selamat Datang ke Satu-satunya blog Meor Zafran>>


Search This Blog

Sunday, October 30, 2011

2 Days At Port Dickson !

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua rakyat jelata yg dikasihi sekalian . dengan titah seri paduka sultan saya dengan ini ingin mengumumkan Deepavali dah pon jatuh pada tanggal 26 Oktober lepas . haha . nie berita zaman bila daa ? org dah ready nak sambut raya haji kau baru nak umum pasal Deepavali . haha . Terok Betol .

Hahaha . okok . skang nie aku nak crite pasal apa yg terjadi selama 2hari1malam kat Port Dickson atau nama panjangnye PD . Serius rindu gila kat PD coz memang dah lama rasanye aku tak jejakkan kaki kat sini almaklum laa keluarga yg sentiasa sibok,mana ada chance nak pergi holiday2 nie . haha . Actually,haaa kan dah speaking tuu . sebenarnye kat PD tu ada family day office abah . so sambil menyelam minum air la kan tp bila dah tertelan air laut tu memang tak terkata *MANIS*nye . haha . rasa macam nak telan lagi je .

Ok . Kat sana kitorg stay kat Tiara Beach Resort,agak best jugak la tempat tu coz ada swimming pool yg teramat la besar and yg paling best ada gelongsor yg memang tinggi sampai dah lebuh 10 kali aku naik turun benda tu . haha . tp yg bestnye,sampai2 je kat sana bukan check in dulu tp kitorg terus straight pergi mandi laut . haha . dari pukol 11 lebih berendam kat laut tu sampai dekat pukol 2 baru naik . haha . aku rasa aku lagi masin dari ikan masin yg kena jemur tuu . haha .

Then kitorg baru checkin bilik dalam pukol 2 lebih macam tu . bilik die boleh tahan la besarnye . Tapi tak sempai 1 jam duduk kat bilik aku dah terus terjun kat kolam dia pulak . haha . tak sempat nak putih terus terbakar balik . haha . mula2 sampai kat kolam tu control macho jap tegok kawasan sekeliling mana la tau ada awek usha2 ke . haha . then perlahan2 masok kolam tu macam buaya . haha .

malam tu ada dinner , tapi kali nie dinner die formal so agak MEMBOSANKAN laa compare dgn family day sebelum2 nie . lgpon kali nie ramai sangat orang so takde laa enjoy macam dulu . Malam tu memang tido awal la kan coz mata memang ngantok gila dengan badan yg penat setelah memanjakan diri kat dalam air laut dengan air berklorin . haha .

Pagi pulak just abah aku dgn adik pompuan aku je yg pergi join sukaneka family day tu coz yg lain semua dah lena dibuaimimpi masing2 . haha . Bangun2 pagi je adik2 aku terus terjun kolam tu balik . haha . Aku mandi dalam bilik air dulu,breakfast jap then baru terjun balik dalam kolam tu buat kali terakhir sebelum checkout . haha .

Then kitorg checkout pukol 2 lebih . ontheway nak balik KL semua tidor je . haha . Itu je la critenye . yg bestnye part mandi je laa . hahaha . semoga jumpa lagi PD!! haha .

Thursday, October 27, 2011

Tiba Tiba !

Perrhhhhh ! Sumpah lama gila tak tulis pape kat blog aku nie . Bukan habuk je, sarang tikus dengan lipas pon dah banyak . Aku rasa dah 3 keturunan ada kat sini . Happy Family betol . Ok cukop dengan benda merepek tuu,kita teruskan dgn agenda mesyuarat kita pada hari ini ye iaitu KELUARGA BAHAGIA ! haha . mengarut lagi .

Haha ! ok . macam tajuk kat atas tu, tiba tiba je aku rasa nak post pasal tempat dimana aku sedang melanjutkan pelajaran skarang nie iaiu UITM SEGAMAT,JOHOR ! aku rasa selama aku start blaja kat situ tak pernah rasanye aku tulis pape pasal tempat tu . Skarang dah habis Sem 1 baru la teringat nak tulis *takmengenangbudilangsung* haha . anyway Thanks UITM coz menerima saya sebagai salah seorang student walaopon sebenarnye tak pernah pon terbayang nak masuk UITM . haha .

Kat sini blok asrama untuk budak2 laki ada dua je iaitu Kolej Taming Sari and Kolej Sempana Riau . Aku dapat bilik TS 009 kat Kolej Taming Sari . Aku rasa aku antara manusia yg bertuah coz dapat kolej TS coz compare tu Sempana Riau memang jauh beza . bukan beza sebab fasiliti tp beza sebab perangai budak2 kolej tu . Haha, sesuai la dgn nama kolej diorg KERIAU ! . bajet2 diorg la yg terhebat . Paling aku tak tahan kat sini diorg ada tradisi yg dinamakan MANDI WING iaitu mandi dgn air yg dicampurkan dengan rokok,air liur,air sampah then diperam dengan tempoh yg lama lepas tu akan disimbah kat korang . haha . dengar pon macam SERONOK kan ? Alhamdulillah setakat nie aku tak pernah kena lagi dan kalau boleh taknak kena langsung !

cerita pasal environment kat sini pulak memang best . oleh kerana kampus nie dalam hutan sikit so tiap2 pagi and malam memang sejuk . haha . kalau pagi2 tu hari2 ada kabus . dah macam kat genting je . haha . oleh kerana bilik aku kat GF so hari2 bukak pintu je mengadap muka cleaner . haha .

Crite pasal budak2 kelas aku pulak . haha . Kelas tu sumpah boring gila ! tak macam kat sekolah dulu,happening je tiap2 hari . haha . aku suka lagi 1 kelas nie and untuk sem 2 nie kitorg dibenarkan untuk pilih kelas sendiri tp aku tak sampai hati nak berpaling tadah kat kelas sendiri . haha . so aku decide untuk stay je la and aku bg peluang kat diri aku untuk try enjoy dalam kelas tu sepanjang sem 2 nie tp kalau tak berjaya jugak InsyaAllah tukar kelas la jawapnye . haha .

Kat sini jugak dah dapat ramai member2 baru . berlatarbelakangkan negeri yg berbeza . haha . dulu time kat PLKN ada 2 negeri je KL dgn Sarawak tp kat sini banyak negeri . so boleh la blajar sikit bahasa negeri diorg . haha . aku rasa nie je la kot yg boleh aku describe pasal tempat nie coz kalau nak crite jugak yg lain2 memang penat jari nak menaip . So renung2kan dan selamat beramal ! haha .