Selamat Datang ke Satu-satunya blog Meor Zafran>>


Search This Blog

Tuesday, May 22, 2012

Yang Pertama !!!

Assalamualaikum to sesiapa je g baca update nie . haha . Nampak tak title kat atas tu ? Yup !! Itu lah yg tgh korg baca skarang nie iaitu update pertama uuntuk tahun nie . Haha .


Sepanjang tahun nie sibok sangat sampai takde masa nak update blog sendiri . Tikus dah sapai beranak cucu kat dalam blog nie . Haha . TAkde masa 1 hal,ketidakpunyaan idea pon 1 hal lagi . Haha . Pejam celik pejam celik sem 2 dah pon habis . Skarang nie misi aku just nak habiskan saki baki cuti yg tinggal beberapa hari je lagi . Haha .


Sebut pasal cuti nie,kerja aku skarang nie just jadi rider untuk adik2 aku . Sr yg tadika sampai la yg sekolah menengah . Haha . Kerja tak berbayar la katakan,nak cari kerja takde yg kosong . haha .


Mula2 tu takde la rasa pape coz baru lagi,tp bila dah hari2 hantar ambik diorg,perasaan boring tu sikit demi sedikit mula berputik . Haha . Mana tak boring kalau dah hari2 buat benda yg sama . Tp skarang nie bukannya aku nak cerita pasal boring nie .


Apa yg akunak story nie ialah gelagat budak2 skola yg dapat aku tengok sementara menunggu adik aku yg memang selalunya antara yg paling lambat muncul kat gate skola tu .Haha . Ok dalam tengah panas tunggu adik aku tu,aku dapat tengok perangai budak2 sekolah rendah and secara tak langsung gelagat budak2  nie boleh mengukir senyuman kat sape2 je yg perhatikan diorg .


Sr cara diorg bercakap and ofcoz dari segi baju skola diorg yg aku sendiri pon tak tahu apa yg melekat kat baju diorg sampai boleh jadi kotor mcm tu . haha . Dr situ aku terfikir,macam nie la agaknya aku dulu . Terfikir jugak bila diorg tu semua besar nanti,diorg still ingat lagi tak kat kawan2 diorg masa sekolah rendah nie . Automatically terus banyak soalan yg timbul kat otak nie . Haha .


Bila tengok je diorg,cepat betul masa nie berlalu . Rasa macam tak percaya yg sekarang nie aku sedang menuntut di sebuah ipta di Johor .Dulu aku pon pernah jadi macam diorg lari laju2 coz nak berlumba siapa yg keluar sekolah dulu . Haha . Tp tu semua dulu,masa takkan dapat berpatah balik kecuali kalau ada Doraemon then boleh la pergi masa lampau naik mesin masa dia . Haha . Tp tu semua hanyalah khayalan semata .


Apa2 pon yg lepas biarlah ianya menjadi lipatan sejarah dlm diri kita . Apa yg penting sekarang misi kita untuk menempuh dugaan2 yg akan datang dgn semangat dan azam yg tinggi tanpa menoleh ke belakang lagi . Sekian saja coretan untuk kali ini . InsyaAllah untuk masa yg akan datang nie aku dapat update lagi banyak benda2 yg best . Assalamualaikum .