Selamat Datang ke Satu-satunya blog Meor Zafran>>


Search This Blog

Tuesday, July 1, 2014

Ramadhan Muncul Kembali Laaweiiii !

Assalamualaikum.

Ya, Alhamdulillah kita dipanjangkan lagi umur dan dimurahkan lagi rezeki oleh Allah S.W.T untuk bertemu lagi dengan bulan yang mulia ini iaitu bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan bulan yang dinantikan oleh seluruh umat Islam. Well dalam bulan nie la ganjaran amalan yang dibuat berlipat kali ganda ganjarannya. Sebab tu boleh dikatakan bulan Ramadhan nie ramai yang dilanda 'Demam Ibadah'

Dalam dilanda demam ibadah tu, tak kurang juga dengan orang yang dilanda demam piala dunia yang semakin hampir dengan kemuncaknya. Tapi timing game kali nie bagus sebab main awal pagi. Senang berjaga nak tengok game kemudian boleh terus sahur, solat subuh and tidur. Bab solat subuh tu gua malas nak tegur la, sendiri mau ingat. Hahaha.

Well, tak salah nak tengok bola sampai tak tidur sekalipon. Tapi apa yang wajib kita buat, yang dahulu, di dahulukan. Yang mana kemudian, kita kemudiankan. Benda simple. Tak perlu nak serabut. Pandai-pandai la uruskan masa sendiri supaya tak bertembung dengan banyak aktiviti yang lain pada suatu masa yang sama.

Jadi, jangan sia-siakan Ramadhan kali ini, gunakan ia sepenuhnya dengan melipat gandakan amalan kita kerana kita belum tentu lagi dapat berjumpa dengan Ramadhan yang seterusnya. Pesanan ikhlas, jangan curi selipar masa terawih kat masjid. Berdosa dan menyusahkan tuan punya selipar tau dak ??? Sekian.