Selamat Datang ke Satu-satunya blog Meor Zafran>>


Search This Blog

Saturday, November 10, 2012

Result oh result . Part 3

Assalamualaikum w.b.t .

Alhamdulillah segala penat lelah dalam sem 3 nie akhirnya terjawab dengan keluarnya result untuk student2 UiTM semalam yg bertarikh 9 Nov 2012.

Ok masa2 macam nie la lagu sedih boleh dimainkan . Dukacita dimaklumkan bahawasanya result saya jatuh merudum bergolek-golek, berhenti seketika kerana memberi laluan kepada semut untuk melintas, kembali bergolek semula dan jatuh merudum dengan jaya dan bergayanya untuk sem 3 ini .

Seperti sudah dijangka oleh hati yang tulus dan ikhlas ini, result aku untuk sem 3 nie akan jatuh. Jatuh berapa tu malas nak cerita la kat sini . Nanti orang kata kita membangga diri pula dengan result yg tak seberapa tu . Mulut manusia kan, kita tak boleh nak tutup . Tengah tidur pon boleh bercakap lagi sebab mengigau . Haha .

Oleh kerana result yg teruk tu, diharap diri ini dapat berubah ke arah yang lebih baik dan lebih bersemangat untuk study lebih lagi drpd yg sebelum2 nie . Dah serik dah rasanya nie asyik main-main je . Harap-harap azam baru nie berkekalan la. Jangan awal-awal je semangat then dah terlupa apa yang sepatutnya dibuat . Haha .

p/s: Harap sem-sem yang seterusnya bolah dapat 3.xx+ je . Hehe .