Selamat Datang ke Satu-satunya blog Meor Zafran>>


Search This Blog

Thursday, May 29, 2014

Dunia

Dunia,
Kadangnya indah,
Kadangnya duka

Dunia,
Punya pelbagai cerita,
Cerita yang  datangnya dari setiap manusia,

Dunia,
Ianya satu pementasan yang sementara,
Anugerahnya kelak diterima di sana.

Dunia,
Sekadar merancang dan juga meneka,
Hanya Dia yang  tentukannya.

Dunia,
Ramai yang merana berapa saja yang bergembira,
Ini yang dinamakan diskriminasi dunia.

Dunia,
Kisah hidup ramai manusia,
Manusia yang cinta akan dunia,
Cintanya lebih dari segalanya.

Meor Zafran, 29 Jun 2014

Monday, May 26, 2014

Adat Pertandingan

Adat pertandingan, apa benda tu ? Well selalunya adat dikaitkan dengan benda yang selalu terjadi atau benda yang selalu akan menjadi realiti.

Macam semalam, kita dikecewakan dengan kegagalan skuad negara untuk membawa pulang Piala Thomas ke bumi Malaysia ini selepas sudah 22 tahun menunggu dan nampaknya penantian itu bakal berterusan lagi untuk beberapa tempoh. Mungkinkah penantian ini akan berakhir 2 tahun lagi atau 22 tahun lagi ? Itu kita tidak pasti, yang pasti kita mesti segera mencari bakat-bakat baru untuk menggantikan kudrat-kudrat lama seperti Datuk Lee Chong Wei seperti yang kita dapat lihat sekarang, pemain muda yang sedia ada belum lagi dapat menunjukkan prestasi terbaik mereka.

Pemain seperti Datuk Lee Chong Wei sudah berada di dalam kelasnya yang tersendiri, dia ditakuti, digeruni dan dihormati setiap pemain yang bertemu dengannya. Jadi, tidak hairanlah jika kita mengalami kesukaran untuk mencari pengganti sepertinya nanti tetapi itu semua tidak mustahil.

Keputusan perlawanan akhir Piala Thomas semalam memihak kepada Jepun di mana Jepun menang 3-2 ke atas skuad negara. Pertarungan selama 6 jam itu sangat menghiburkan dan mendebarkan, senang cerita kalau yang ada sakit jantung berpeluang untuk mati terkejut dgn peratusan yang tinggi malam semalam. Dengan kemenangan semalam, Jepun meletakkan negara mereka sebaris dengan kuasa-kuasa besar badminton dunia seperti Malaysia, China dan Indonesia dengan menjadi negara ke-4 memenangi gelaran itu selepas 3 negara yg disebutkan tadi.

Well, kalah menang adat permainan. Itu yang sering diperkatakan. Walaupon kecewa, kita harus berbangga kerana semua pemain negara semalam telah berjuang sehabis baik untuk merebut gelaran terulung dalam arena badminton itu walaupon dilabel skuad negara paling lemah pernah dihantar ke Piala Thomas. Apa-apa pon, tahniah gua ucapkan kepada mereka semua. Kami semua berbangga dengan anda semua. Malaysia Boleh ! Sekian, majulah sukan untuk semua.

p/s: 31 May dah mula Piala Dunia Hoki pulak. Tak sabar wehhhh !!!

Friday, May 23, 2014

Suatu Hubungan

Siapa kita untuk memaksa,
Bila ianya melibatkan hati dan juga rasa.

Siapa kita untuk bertanya,
Tentang apa yang dia benci dan juga suka.

Siapa kita untuk meneka,
Adakah dia atau sebaliknya.

Siapa kita untuk merasa suka,
Di kala hati, sedang terluka.

Siapa kita untuk kecewa,
Di luar sana, masih ramai yang belum berpunya.

Siapa kita untuk merana,
Jika benar ada jodoh, ianya takkan ke mana.


Meor Zafran, 23 May 2014.

Friday, May 16, 2014

Guruku Juga Gurumu.

Tanggal 16 Mei menjadi suatu tarikh yang penting dalam kalendar seluruh dunia dan tarikh yang kalau boleh harus diingat di dalam akal fikiran setiap manusia.

Ya, 16 Mei ialah Hari Guru. Siapa guru? jangan kata korang tak kenal. Kalau guru tu yang tak kenal korang itu tak pelik. Well, setiap dalam diri kita nie ada kenangan masing-masing bersama-sama dengan guru kita sewaktu di bangku sekolah dulu kan? Masing-masing punya pelbagai cerita untuk dikenang kembali. Ada yang pahit, ada yang manis. Itu terpulang pada diri sendiri untuk menilai.

Guru, ada pelbagai jenis. Dari guru kelas, guru mata pelajaran, guru disiplin, guru besar dan lain-lain guru lagi lah yang ada. Tapi tugas mereka tetap sama, untuk mendidik anak bangsa seperti kita ini untuk menjadi seorang manusia yang berjaya dari segala apa sudut sekalipon.

Bagi aku, setiap insan yang pernah mengajar aku adalah guru, tak kisah secara formal ataupon tidak didikan yang telah diberi itu. Jadi, apa yang aku nak katakan kat sini, semua mereka adalah guru kita semua.

Terima kasih abah, ibu, pensyarah di UiTM Segamat, guru-guru di Tadika Masjid Alam Shah, Sekolah Kebangsaan Jalan Peel, Sekolah Agama At-Taufiqiah, Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane Perkasa dan tidak lupa juga kepada jurulatih-jurulatih yang pernah mengajar aku erti kehidupan seperti di kem Wirajaya, Kem PLKN Similajau, Bintulu, Sarawak. Terima kasih yang tak terhingga untuk kalian ingin diri ini ucapkan.

Seorang ketua negara, bermulanya dari seorg pelajar yang dididik oleh guru,
Seorang alim ulamak, bermulanya dari seorg pelajar yang dididik oleh guru,
Seorang pembesar negara, bermulanya dari seorg pelajar yang dididik oleh guru,
Seorang ahli sukan, bermulanya dari seorg pelajar yang dididik oleh guru,
Seorang profesor, bermulanya dari seorg pelajar yang dididik oleh guru.
Senang cerita, siapa kita hari ini, semuanya telah dididik oleh mereka yang bergelar GURU. Terima kasih guruku. Jasamu dikenang buat selamanya !



Sekian....

Wednesday, May 14, 2014

Result Terakhir.

Alhamdulillah, segala penat lelah sepanjang sem terakhir di UiTM Segamat, Johor telah terbayar juga dengan keluarnya result pada 9 Mei yang lalu. Dengan ini, gua secara rasminya berjaya grad on time bak kata orang putih di mana ianya juga menjadi impian setiap pelajar di sana. Siapa sanggup nak extend sampai 7 atau 8 sem kan? 6 sem pon dah cukup lama gua rasa.

Apa yang gua nak cakap, gua puas hati dengan result untuk sem 6 nie walaupon tak mencapai target peribadi. Sikit je lagi sebenarnya, haishhhh. Hahaha. Takpe, mungkin ada hikmah di sebalik semua tu. Taknak cerita apa yang gua dapat, cuma boleh kata gua puas hati dengan result tu. Alhamdulillah.

Well, semua nie datangnya bukan dari diri ini sahaja, tapi dengan bantuan pensyarah, kawan-kawan dan terutamanya kepada seorang teman yang istimewa di dalam hati nie. Terima kasih yang tak terhingga ingin saya ucapkan kepada anda semua. Tanpa anda semua, saya takkan berjaya sampai ke tahap ini.

Jadi pada yang grad on time, InsyaAllah ada rezeki kita berjumpa di peringkat degree nanti. Pada yag kurang berjaya, jangan risau, teruskan perjuangan anda semua, habiskan segala sisa-sisa subjek yang ada atau tertinggal. Gua doakan kalian semua berjaya dengan jayanya. Kita jumpa masa konvo nanti, InsyaAllah.

Monday, May 12, 2014

Warga Kelas.

Assalamualaikum .

Ya, sekali lagi. Apa yang sekali lagi? Jatuh ke, menangis ke, ataupon perbalahan? Tidak. Apa yang terjadi untuk sekali lagi nie ialah perpisahan. Ya, manusia dan perpisahan takkan dapat dipisahkan.

Bak kata pepatah Zafran, setiap pertemuan pasti akan menjanjikan sebuah perpisahan. Tapi setiap perpisahan belum tentu akan menjanjikan sebuah pertemuan semula. Ecehhhh.

Dalam hidup gua, gua dah tempuh banyak siri perpisahan, bermula dari sekolah rendah ke sekolah menengah ke PLKN dan akhirnya ke peringkat diploma. Tepat pada tanggal 6hb April yang lalu, tamatlah riwayat hidup gua sebagai pelajar diploma di UiTM Segamat selama 6 sem di sana. Semuanya terasa lama lagi nak berakhir masa mula-mula jejakkan kaki kat sana. Tapi bila dah hujung-hujung waktu, masa seakan-akan cemburu dengan kami di sana.

Selama 6 sem, banyak memori pahit manis gua kat sana. Kalau nak dicerita memang takkan cukup. Apa-apa pon semuanya akan gua simpan dan sematkan kat dalam hati nie bersama kenangan yang telah sedia ada sebelum ini. Semoga kenangan yang baru ini dapat bergaul mesra dengan kenangan lain yang telah lama berada di dalam pelusuk hati ini. Ecehhhh.

Tapi sem 6 terasa lain sangat. Sebab apa? Sebab lain laaa. Adoiii. Hahahahaha . Bukan apa, pada mulanya lain yang disangkakan tapi pada hujungnya, lain pula yang jadi dan Alhamdulillah ianya terjadi dalam keadaan yang menggembirakan semua pihak gua rasa. Dari awal sem, event Transport Talk, trip ke Melaka, Special Trip ke rumah miss Azlina telah menjadikan kita semakin rapat dan aku dapat tengok semua tu tambah-tambah lagi bila malam terakhir kita berkumpul. Berbeza betul kalau nak dibanding dengan kita semua yang awal dulu.

Apa-apa pon, semoga persahabatan kita akan terus kekal untuk selamanya. Jangan pernah lupa kawan. Sebab apa? Kawan bukan datang dalam hidup kita sebab kosong. Tetapi setiap di antara mereka ada sebabnya untuk mereka hadir dalam hidup kita. Jadi, hargai mereka walaupon sepahit dan semanis memori kau bersama mereka.

Kepada semua warga JBM117 6B, terima kasih yang tak terhingga ingin gua ucapkan kerana menyumbangkan banyak kenangan pahit manis ke dalam hidup gua selama 6 sem kita di sana. Thanks a lot guys !