Tanggal 16 Mei menjadi suatu tarikh yang penting dalam kalendar seluruh dunia dan tarikh yang kalau boleh harus diingat di dalam akal fikiran setiap manusia.
Ya, 16 Mei ialah Hari Guru. Siapa guru? jangan kata korang tak kenal. Kalau guru tu yang tak kenal korang itu tak pelik. Well, setiap dalam diri kita nie ada kenangan masing-masing bersama-sama dengan guru kita sewaktu di bangku sekolah dulu kan? Masing-masing punya pelbagai cerita untuk dikenang kembali. Ada yang pahit, ada yang manis. Itu terpulang pada diri sendiri untuk menilai.
Guru, ada pelbagai jenis. Dari guru kelas, guru mata pelajaran, guru disiplin, guru besar dan lain-lain guru lagi lah yang ada. Tapi tugas mereka tetap sama, untuk mendidik anak bangsa seperti kita ini untuk menjadi seorang manusia yang berjaya dari segala apa sudut sekalipon.
Bagi aku, setiap insan yang pernah mengajar aku adalah guru, tak kisah secara formal ataupon tidak didikan yang telah diberi itu. Jadi, apa yang aku nak katakan kat sini, semua mereka adalah guru kita semua.
Terima kasih abah, ibu, pensyarah di UiTM Segamat, guru-guru di Tadika Masjid Alam Shah, Sekolah Kebangsaan Jalan Peel, Sekolah Agama At-Taufiqiah, Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane Perkasa dan tidak lupa juga kepada jurulatih-jurulatih yang pernah mengajar aku erti kehidupan seperti di kem Wirajaya, Kem PLKN Similajau, Bintulu, Sarawak. Terima kasih yang tak terhingga untuk kalian ingin diri ini ucapkan.
Seorang ketua negara, bermulanya dari seorg pelajar yang dididik oleh guru,
Seorang alim ulamak, bermulanya dari seorg pelajar yang dididik oleh guru,
Seorang pembesar negara, bermulanya dari seorg pelajar yang dididik oleh guru,
Seorang ahli sukan, bermulanya dari seorg pelajar yang dididik oleh guru,
Seorang profesor, bermulanya dari seorg pelajar yang dididik oleh guru.
Senang cerita, siapa kita hari ini, semuanya telah dididik oleh mereka yang bergelar
GURU. Terima kasih guruku. Jasamu dikenang buat selamanya !
Sekian....