Selamat Datang ke Satu-satunya blog Meor Zafran>>


Search This Blog

Wednesday, January 1, 2014

Syukur .

Syukur, aku bernafas lagi . Syukur, aku masih di sini . Masih ada waktu untuk ku ganti segala kesilapan diri . Ya, post pertama untuk tahun 2014 . Selamat datang 2014 . Selamat jalan 2013 . Yang pasti, kita takkan ketemu lagi . Jadi, sudah pasti banyak kenangan yang telah dicipta pada tahun 2013 . Tapi bak kata pepatah, yang sudah biarkan ianya berlalu pergi . Dongak kepala dan terus mencabar diri untuk hari yang mendatang dengan lebih tabah . Jadikan kenangan lalu sebagai ingatan yang penuh dengan pahit manis untuk dikenang pada masa akan datang . Supaya kita tahu mana salah silap yang harus diperbetulkan .

Akhir kata, tahun baru, azam baru, semangat baru, bini baru, eh . Haha. Jangan azam sekadar azam, menjadi penghias di tahun baru tapi berkubur di hari rabu . Itu sampah . Sekali berazam, biar terus terlaksana . Baru berbaloi . Azam biar kena pada apa yang mampu . Bukan azam tinggi kelangit tapi usaha hanya sehingga paras lelangit . Sekian .


Selamat Tahun Baru semuanya ! Salam.

Friday, December 27, 2013

Kemunculan Semula

Fuhhh ! Punya la lama gua tak jenguk atau tulis apa-apa kat blog gua nie. Haha. Sampaikan password dengan username pon gua boleh lupa. Nampak tak berapa lama dah gua tak bukak blog sendiri ? Haha . Bukan taknak bukak, cuma dah tak tahu nak tulis apa dan semakin sibuk dengan urusan kehidupan seharian. Ayat tak boleh blah kan ? haha .
Cerita baru pasal gua sekarang? Takde apa sangat la pon. Alhamdulillah sekarang gua dah dalam proses untuk menamatkanzaman diploma gua di UiTM Segamat, Johor sebab ini sem terakhir gua kat sana. Semoga perjalanan dalam sem nie taklah terlampau berliku dan terlampau banyak masalah yang datang. Kejapje masa berlalu, last post gua kat sini masa tu result final untuk part 3 baru keluar . Lama kan? Tup tup sekarang gua dah part 6 dah . Super duper senior gua cakap lu . Haha .
Ya, habis je diploma nanti gua akan merindui semuanya yang di sana. Itu gua takkan nafikan . Tipu kalau ada yang tak rindu langsung setelah hampir 3 tahun belajar kat sana tu . So, sampai di sini sajalah cerita yang gua nak kongsikan bersama. Ada masa ada rezeki gua tulis lah lagi . Haha . Wassalam.

Saturday, November 10, 2012

Result oh result . Part 3

Assalamualaikum w.b.t .

Alhamdulillah segala penat lelah dalam sem 3 nie akhirnya terjawab dengan keluarnya result untuk student2 UiTM semalam yg bertarikh 9 Nov 2012.

Ok masa2 macam nie la lagu sedih boleh dimainkan . Dukacita dimaklumkan bahawasanya result saya jatuh merudum bergolek-golek, berhenti seketika kerana memberi laluan kepada semut untuk melintas, kembali bergolek semula dan jatuh merudum dengan jaya dan bergayanya untuk sem 3 ini .

Seperti sudah dijangka oleh hati yang tulus dan ikhlas ini, result aku untuk sem 3 nie akan jatuh. Jatuh berapa tu malas nak cerita la kat sini . Nanti orang kata kita membangga diri pula dengan result yg tak seberapa tu . Mulut manusia kan, kita tak boleh nak tutup . Tengah tidur pon boleh bercakap lagi sebab mengigau . Haha .

Oleh kerana result yg teruk tu, diharap diri ini dapat berubah ke arah yang lebih baik dan lebih bersemangat untuk study lebih lagi drpd yg sebelum2 nie . Dah serik dah rasanya nie asyik main-main je . Harap-harap azam baru nie berkekalan la. Jangan awal-awal je semangat then dah terlupa apa yang sepatutnya dibuat . Haha .

p/s: Harap sem-sem yang seterusnya bolah dapat 3.xx+ je . Hehe .