Selamat Datang ke Satu-satunya blog Meor Zafran>>


Search This Blog

Sunday, June 24, 2012

Senior Junior !

Assalamualaikum and salam sejahtera to all pembaca sekalian . Ok,aku rasa korg mesti dah tahu kan apa maksud perkataan'senior' and 'junior' tu . Kalau tahu baguslah,tak payah laa aku terangkan dengan lebih lanjut .

Ok laa,'Senior' nie maksudnya seseorg yg lagi tua dari kita ataopon yg lagi berpengalaman dari kita . Manakala 'Junior' pulak orang yg lagi muda dari Senior . So ada paham tak ? Haha .

Perkataan nie selalu kita dengar kat sekolah,universiti,kolej and tempat2 lain yg sewaktu dengannya . Selalunya tempat2 nie ada mengamalkan konsep senior-junior nie and aku yakin ramai antara kita yg tak suka dengan konsep nie kan ? Haha . Aku tak menafikan konsep macam nie ada kebaikannya tp yg lebih menyerlah kat mata semua orang adalah dari segi keburukannya .

Aku sendiri pon takde laa suka sangat dengan konsep nie . Dari segi kebaikannya,konsep nie dapat melatih junior2 kat sesuatu tempat tu supaya respect kat senior coz diorg 'Orang Lama' . Dari situ,junior takkan boleh nak pijak kepala senior and buat sesuatu benda ikut suka diorg je . Tapi respect pon ada hadnya . Walaopon junior kena hormat kat senior,senior tak boleh laa mengarah junior2 nie buat something yg diluar batasan .Kalau benda nie berlaku,Senior tak boleh nak salahkan junior kalau ada sebarang ketidakpuasan hati antara senior and junior . Am i right ?? Haha .

So apa yg aku nak bgtahu kat sini tak kisah laa kau senio or junior . Yg penting kita kena laa hormat antara satu sama lain . Jangan nak sebelah pihak je yg respect kat pihak yg lain .

Macam prinsip aku 'Kau hormat aku and aku akan hormat kau jugak'. Maknanya kalau kau nak orang lain respect kat kau,kau pon kena buat benda yg sama jugak kat orang lain tak kira umur,pangkat atau darjat .

Tuesday, May 22, 2012

Yang Pertama !!!

Assalamualaikum to sesiapa je g baca update nie . haha . Nampak tak title kat atas tu ? Yup !! Itu lah yg tgh korg baca skarang nie iaitu update pertama uuntuk tahun nie . Haha .


Sepanjang tahun nie sibok sangat sampai takde masa nak update blog sendiri . Tikus dah sapai beranak cucu kat dalam blog nie . Haha . TAkde masa 1 hal,ketidakpunyaan idea pon 1 hal lagi . Haha . Pejam celik pejam celik sem 2 dah pon habis . Skarang nie misi aku just nak habiskan saki baki cuti yg tinggal beberapa hari je lagi . Haha .


Sebut pasal cuti nie,kerja aku skarang nie just jadi rider untuk adik2 aku . Sr yg tadika sampai la yg sekolah menengah . Haha . Kerja tak berbayar la katakan,nak cari kerja takde yg kosong . haha .


Mula2 tu takde la rasa pape coz baru lagi,tp bila dah hari2 hantar ambik diorg,perasaan boring tu sikit demi sedikit mula berputik . Haha . Mana tak boring kalau dah hari2 buat benda yg sama . Tp skarang nie bukannya aku nak cerita pasal boring nie .


Apa yg akunak story nie ialah gelagat budak2 skola yg dapat aku tengok sementara menunggu adik aku yg memang selalunya antara yg paling lambat muncul kat gate skola tu .Haha . Ok dalam tengah panas tunggu adik aku tu,aku dapat tengok perangai budak2 sekolah rendah and secara tak langsung gelagat budak2  nie boleh mengukir senyuman kat sape2 je yg perhatikan diorg .


Sr cara diorg bercakap and ofcoz dari segi baju skola diorg yg aku sendiri pon tak tahu apa yg melekat kat baju diorg sampai boleh jadi kotor mcm tu . haha . Dr situ aku terfikir,macam nie la agaknya aku dulu . Terfikir jugak bila diorg tu semua besar nanti,diorg still ingat lagi tak kat kawan2 diorg masa sekolah rendah nie . Automatically terus banyak soalan yg timbul kat otak nie . Haha .


Bila tengok je diorg,cepat betul masa nie berlalu . Rasa macam tak percaya yg sekarang nie aku sedang menuntut di sebuah ipta di Johor .Dulu aku pon pernah jadi macam diorg lari laju2 coz nak berlumba siapa yg keluar sekolah dulu . Haha . Tp tu semua dulu,masa takkan dapat berpatah balik kecuali kalau ada Doraemon then boleh la pergi masa lampau naik mesin masa dia . Haha . Tp tu semua hanyalah khayalan semata .


Apa2 pon yg lepas biarlah ianya menjadi lipatan sejarah dlm diri kita . Apa yg penting sekarang misi kita untuk menempuh dugaan2 yg akan datang dgn semangat dan azam yg tinggi tanpa menoleh ke belakang lagi . Sekian saja coretan untuk kali ini . InsyaAllah untuk masa yg akan datang nie aku dapat update lagi banyak benda2 yg best . Assalamualaikum .

Thursday, December 29, 2011

Rumusan 2011 !

Assalamualaikum to all ! haha .

So lagi bebrapa jam je lagi kita akan menyambut kedatangan tahun baru iaitu 2012 ! Hoorayy berikan tepukan yg gemuruh kepada tahun 2012 ! haha. So aku confirm mesti ramai yg dah plan azam2 baru diorg untuk tahun baru nie kan . Maybe ada jugak yg still lagi tak tahu apa yg dia nak buat pada tahun baru nie .

Haha . so ringkasan yg aku nak buat untuk tahun 2011 nie ialah 'Tahun Merantau' . haha . Nak tahu sebab apa ? Sebab dalam banyak2 tahun . tahun nie aku rasa tahun yg paling banyak aku habiskan masa kat tempat orang berbanding rumah sendiri . Jadi perantau habislah tahun nie senang crite . haha .

Ok start bulan Januari sampai la bulan Mac aku telah dicampak sampai ke seberang lautan di mana kebanyakan kat situ hutan je . Sarawak tempat tinggal aku selama hampir 3 bulan coz aku terpilih untuk join PLKN aka Penat Letih Kau Nanti . haha . Banyak jugak benda yg dapat aku belajar kat sana . And kalau nak tahu itu la tempoh paling lama aku tak jumpa dengan family aku . haha . 1 pengalaman yg memang menarik untuk dikenang .

Then start penhujung bulan April sampai awal bulan Jun almost 2 bulan aku kerja kat Sogo as a promoter kat brand Feraud ! Tak banyak sangat kenangan yg best kat sana sebab member pon takde la ramai sangat . haha . Kalau paling best pon rasanya dapat gaji tiap2 bulan tapi macam takde gaji je coz habis kena guna . haha .

2 hari je lepas aku berhenti kerja,aku dapat tahu yg aku dapat masuk ke UITM Segamat,Johor . Walaupon dalam hati nie sebenarnya taknak pergi,tapi terpaksa jugak coz dah dapat kat situ . haha . Well,tempat tu tak la teruk sangat coz kampus dia pon agak besar and yg bestnya tempat tu kalau pagi2 mesti berkabus . haha . Kat sana aku amik course Business Study Transport and sekarang nie aku baru sem 2 kat situ .

Haha . So aku rasa tu je la kot yg berlaku dalam 2011 nie or maybe ada yang tak ingat almaklum la 365 hari tu bukannye kejap bro . haha . Tapi apa2 pon 2011 nie memberi 1001 kenangan bukan je kat aku tp kat semua umat manusia yg hidup kat atas muka bumi nie tak kira la yg waras ataupon tak waras or yg separuh waras . haha .

So akhir kata dari post yg terakhir untuk 2011 nie dari aku adalah Selamat Tahun Baru and semoga korg dapat pasang azam baru and jangan just pasang je ! kena la jugak buat ! setakat cakap je semua org boleh . baby yg lahir time tahun baru pon boleh cakap azam dia cuma kita je yg tak paham apa yg dia cakap . haha .

So Welcome 2012 and GOODBYE 2011 !!!!!