Selamat Datang ke Satu-satunya blog Meor Zafran>>


Search This Blog

Thursday, May 29, 2014

Dunia

Dunia,
Kadangnya indah,
Kadangnya duka

Dunia,
Punya pelbagai cerita,
Cerita yang  datangnya dari setiap manusia,

Dunia,
Ianya satu pementasan yang sementara,
Anugerahnya kelak diterima di sana.

Dunia,
Sekadar merancang dan juga meneka,
Hanya Dia yang  tentukannya.

Dunia,
Ramai yang merana berapa saja yang bergembira,
Ini yang dinamakan diskriminasi dunia.

Dunia,
Kisah hidup ramai manusia,
Manusia yang cinta akan dunia,
Cintanya lebih dari segalanya.

Meor Zafran, 29 Jun 2014

Monday, May 26, 2014

Adat Pertandingan

Adat pertandingan, apa benda tu ? Well selalunya adat dikaitkan dengan benda yang selalu terjadi atau benda yang selalu akan menjadi realiti.

Macam semalam, kita dikecewakan dengan kegagalan skuad negara untuk membawa pulang Piala Thomas ke bumi Malaysia ini selepas sudah 22 tahun menunggu dan nampaknya penantian itu bakal berterusan lagi untuk beberapa tempoh. Mungkinkah penantian ini akan berakhir 2 tahun lagi atau 22 tahun lagi ? Itu kita tidak pasti, yang pasti kita mesti segera mencari bakat-bakat baru untuk menggantikan kudrat-kudrat lama seperti Datuk Lee Chong Wei seperti yang kita dapat lihat sekarang, pemain muda yang sedia ada belum lagi dapat menunjukkan prestasi terbaik mereka.

Pemain seperti Datuk Lee Chong Wei sudah berada di dalam kelasnya yang tersendiri, dia ditakuti, digeruni dan dihormati setiap pemain yang bertemu dengannya. Jadi, tidak hairanlah jika kita mengalami kesukaran untuk mencari pengganti sepertinya nanti tetapi itu semua tidak mustahil.

Keputusan perlawanan akhir Piala Thomas semalam memihak kepada Jepun di mana Jepun menang 3-2 ke atas skuad negara. Pertarungan selama 6 jam itu sangat menghiburkan dan mendebarkan, senang cerita kalau yang ada sakit jantung berpeluang untuk mati terkejut dgn peratusan yang tinggi malam semalam. Dengan kemenangan semalam, Jepun meletakkan negara mereka sebaris dengan kuasa-kuasa besar badminton dunia seperti Malaysia, China dan Indonesia dengan menjadi negara ke-4 memenangi gelaran itu selepas 3 negara yg disebutkan tadi.

Well, kalah menang adat permainan. Itu yang sering diperkatakan. Walaupon kecewa, kita harus berbangga kerana semua pemain negara semalam telah berjuang sehabis baik untuk merebut gelaran terulung dalam arena badminton itu walaupon dilabel skuad negara paling lemah pernah dihantar ke Piala Thomas. Apa-apa pon, tahniah gua ucapkan kepada mereka semua. Kami semua berbangga dengan anda semua. Malaysia Boleh ! Sekian, majulah sukan untuk semua.

p/s: 31 May dah mula Piala Dunia Hoki pulak. Tak sabar wehhhh !!!

Friday, May 23, 2014

Suatu Hubungan

Siapa kita untuk memaksa,
Bila ianya melibatkan hati dan juga rasa.

Siapa kita untuk bertanya,
Tentang apa yang dia benci dan juga suka.

Siapa kita untuk meneka,
Adakah dia atau sebaliknya.

Siapa kita untuk merasa suka,
Di kala hati, sedang terluka.

Siapa kita untuk kecewa,
Di luar sana, masih ramai yang belum berpunya.

Siapa kita untuk merana,
Jika benar ada jodoh, ianya takkan ke mana.


Meor Zafran, 23 May 2014.