Kalah tapi bermaruah...itulah ungkapan yg aku nak bagi kat team Malaysia coz diorg dah cuba yg terbaik just nasib je tak menyebelahi diorang..macam yg kita semua tahu,Malaysia dah pon kecundang secara agregat dgn singapore yg berkesudahan 1-1 kat Bukit Jalil tadi..
credits to Khairul Fahmi Che Mat coz dia banyak buat save2 yg gempak and awesome dalam game tu and aku rasa kalau tak kerana dia,dah brape banyak dah Malaysia kena dgn singapore..yg paling membanggakan skali bukan sahaja player yg kat atas padang tu tp dengan peminat yg memang ramai gila kat stadium tu..SALUTE lu orang semua!!!hahaha..itu baru yg kat stadium,tak kira lagi yg tengok kat luar stadium,kat rumah,kat kedai mamak,kat kedai india,kedai singh,kedai cina and banyak lagi..haha..
aku pon teringin jugak nak tengok kat stadium tp takde transport and takde tiket..haha..dengar kat brite 95000 tiket sold out,tengok betapa ramainye fan Malaysia yg sanggup turun stadium semata-mata nak tengok diorang beraksi..walaupon kalah,diorang tetap jugak stay kat stadium sampai la wisel penamat berbunyi..
so apa yg aku nak cakap kat sini,bola sepak kita sedang menuju kembali ke zaman kegemilangan dulu kala..so jatuh bangunnye team Malaysia nie bukan je kat atas bahu player tp jugak kat atas bahu semua penyokong2 MALAYSIA coz tanpa penyokong,tak mungkin team tu boleh pergi jauh..
at least kite kalah dengan menggunakan player buatan MALAYSIA and bukannye player yg dkena BAYAR dari negara lain and tukar kerakyatan..Malaysia buat macam tu,SUMPAH aku takkan sokong Malaysia walaupon diorang menang World Cup sekalipon..so walaupon kita kalah,aku harap fans2 Malaysia terus la support Malaysia coz diorg dah buat yg terbaik just takde luck je..janganlah bila MENANG DIPUJI,bila KALAH DIKEJI!!!!!aku tak suka orang yang macam tu!!!!!
GOOD JOB HARIMAU MALAYA!!!!!walaupon korg kalah,korang still lagi menang di hati fans2 HARIMAU MALAYA!!!AUUMMMMMM!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment