Selamat Datang ke Satu-satunya blog Meor Zafran>>


Search This Blog

Monday, June 2, 2014

Idola

Idola.

Ya, masing-masing punya idola. Apa itu idola? Idola adalah seseorang yang bukan sahaja wajib ataupon mesti popular. Tapi dia adalah antara insan yang paling banyak mempengaruhi siapa diri kita.

Idola boleh jadi sesiapa sahaja, dari ahli keluarga, rakan-rakan, guru, artis, ahli sukan malahan sesiapa sahaja. Impak yang dibuat oleh seseorang itu yang menyebabkan dia akan dijadikan idola oleh sesetengah insan. Hasil usaha dan juga pencapaian mereka sepanjang te,poh kehidupan idola ini akan dijadikan semangat ataupon penanda aras malahan ada yang menjadikan mereka sebahagian daripada hidup mereka.

Apa yang pasti, tiap manusia punya idola yang tersendiri. Aku juga tidak terkecuali. Walau apa pon, idola itu hanya seagai benchmark atau dalam bahasa melayunya penanda aras untuk kita mencapai sesuatu dengan lebih bersemangat, jangan diagung-agungkan sangat. Kelak takut kita yang dikaburkan. Setakat ini sahaja, sekian.

No comments:

Post a Comment