Assalamualaikum . Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dapat jugak kita menyambut Hari Raya Aidil Adha sekali lagi . Tahun nie Aidil Adha jatuh pada hari jumaat bersamaan dengan 26 Oktober . Bila dah jatuh pada hari jumaat, maka orang ramai pon mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman masing2 . Ada yang menuju ke Selata, ke Utara, ke Pantai Timur dan merata lagi .
Tahun nie lain sikit bagi aku sebab abah tiba2 nak balik kampung, so nak taknak kena balik jugak laa kan . Selalunya kalau raya haji nie tak balik kampung pon . Maybe sebab raya jatuh hari Jumaat, tu yang abah nak balik tu . Highway memang jam gila mengalahkan raya puasa malam tu . Kitorg gerak dari rumah pukul 7 pagi and sampai kat kampung dalam pukul 3 macam tu . Penat ikut highway, keluar pulak ikut jalan lama . Dah laa travel malam, dengan cuaca sejuk tambah pulak dengan hujan yang turun lebat selebatnya .
Pagi raya macam biasa laa, kena pergi sembahyang raya . Tapi yang bestnya, sebelum nie tak pernah2 lambat pergi sembahyang, tapi hari tu 1st time lambat . Haha . Kalau lambat orang baru rakaat pertama takpe, ini lambat sampai imam dah habis baca khutbah . Haha . Hanya mampu melihat jemaah2 keluar dari masjid je laa cerita dia . Nasib baik laa sunat sembahyang raya nie, tapi ada jugak laa rasa terkilan sebab sembahyang raya datang 2 tahun sekali je kan .
Itu cerita sembahyang raya, nie cerita pasal sembahyang Jumaat pulak . Haha . Entah kenapa, hari nie rasa macam semuanya pantas belaka waktu berlalu . Ingatkan takde laa lambat nak pergi solat Jumaat, rupanya sampai2 je speaker masjid senyap, ingatkan rosak . Padahal diorg dah start sembahyang dah pon, nasib baik baru rakaat yang pertama . Haha . Kelam kabut semuanya berlari taknak tertinggal .
So macam biasa laa, bila hari raya Aidil Adha je hidup kita akan dipenuhi dan dikelilingi oleh daging Lembu . Haha . Sampai ada satu tahap tu mesti dah muak tengok daging lembu . Apa2 po selamat berhari raya kepada semua umat Islam .
p/s: Jangan selalu bermain dengan masa, anda mungkin akan menyesal jika terlepas . Haha .
No comments:
Post a Comment