Selamat Datang ke Satu-satunya blog Meor Zafran>>


Search This Blog

Sunday, October 21, 2012

Penutup .

Sudah tertulis di atas cerita kehidupan semua insan bahawa 'Setiap Yang Bermula, Pasti Akan Berakhir' . Begitu juga dengan kehidupan, 'Setiap Yang Bernyawa Pasti Akan Merasai Mati' .

Apa yang aku nak cerita kali nie bukanlah berkisarkan tentang hidup atau pon mati tetapi kisah penutupan untuk diri aku sebagai pelajar semester 3 di UiTM Segamat, Johor . Yeah, pada 19 Oktober yg lalu adalah paper yang terakhir untuk aku lunaskan dan itulah dia paper penutup yang menutup terus kisah aku dalam semester 3 ini .

Bagi diri aku sendiri, semester 3 nie paling mencabar berbanding semester2 yang lepas kerana terlampau banyak cabaran dan dugaan yang datang . Assignment jangan cerita laa kan, kalau boleh tiap2 hari nak ada assignment . Lepas tu bukannya assignment yang senang pulak tu, semua taknak kalah . Kalau boleh lagi susah lagi bagus . Haha .

And aku dapat rasakan semakin lama kitorg bersama, semakin banyak perangai manusia2 kat situ yang aku kenal . Ada yang bermuka-muka, hipokrit, and macam2 lagi . Kadang2 tu aku boleh nampak keretakan hubungan antara mereka2 ini . Tapi tu lah yang dinamakan perhubungan kan, sentiasa ada masalah .

So konklusinya untuk semester ke-3 nie adalah satu sem yang mencabar, bertambah lagi kenalan, and semester yang AWESOME !! Hahahahhaha .

p/s: Harap2 pointer tak jatuh sem nie and rindu dia sangat2 . Haha .

2 comments: