'Janji' . Ya, memang ianya satu perkataan. Ianya perkataan keramat yang selalu manusia seperti kita ini gunakan untuk meyakinkan seseorang dalam sesuatu perkara. Tetapi perkataan nie laa yang telah membawa kepada 1001 kisah dalam hidup seorang manusia . Perkataan ini jugalah yang telah membawa kegembiraan dan kekecewaan dalam diri seseorang .
Berdasarkan apa yang telah aku lihat dan pelajari dalam kehidupan di alam realiti ini, janji itu hanyalah satu perkataan yang boleh berubah-ubah pada bila-bila masa . Seseorang itu boleh menjanjikan bulan dan bintang jika dia mahu tetapi belum tentu lagi dia akan dapat menunaikan janji-janjinya itu . Kerana itulah sifat manusia, tidak semuanya berpegang pada janji yang telah dibuat .
Terutamanya bila sedang berada di dalam suatu perhubungan, manusia suka menabur janji yang manis kepada pasangan masing-masing sehinggakan suatu ketika maruah juga boleh tergadai kerana janji yang telah dibuat . Jadi berhati-hati jika ingin membuat sesuatu perjanjian itu .
Hati manusia perlu dijaga . Begitu juga dengan janji manusia kepada manusia yang lain . 'Jangan berjanji jika tak mampu untuk kau tepati'. Bila kau dah berjanji, sudah menjadi tanggungjawab kau untuk menepatinya . Akhir kata dari aku, fikir dulu sebelum membuat sesuatu janji kerana mungkin kau akan menyesali janji yang telah kau berikan sebelum ini . Wassalam .
pandai kau bermadah yee ??
ReplyDeleteMana ada bermadah laa . Nie kan coretan biasa je . Haha .
ReplyDelete